![]() |
|
Profile
Friends [Petz] [Iwan] [Banai] [KayRex] [Ratu] [Roy] [Mar] [Salina] [Irja] Links [Blogskins] [PhotoBucket] [Yahoo!!] [Hotmail] [Maybank2u] Free Hit Counter ![]() ![]() ![]() |
5.8.05 Tawakkal Tu Allallah. Arrgh..., sakit betul kepala aku nih.., banyak benar perkara yang bermain dikotak fikiran aku. Aku cuba untuk berbaring.., cuba kupaksa untuk mata ini tidur., namun., tak berjaya, mata tetap tak mahu tidur,. Aku bangkit., berdiri di tepi tingkap, melontarkan pandangan aku.., jauh-jauh sekali., apa yang ada hanyalah lampu2 yang berada di bangunan2..., fikiran aku masih melayang., berfikir., memikir.., tapi.., walau kucuba mencari jawapan.., tak juga kutemui...., aku terus melamun.......... Saban detik masa., aku senantiasa mencari peluang yang terbaik untuk membina dan merubah masa depanku & keluargaku, pelbagai cara ku lakukan ., asalkan inya Halal, bersih dan tidak menganggu gugat sesama Insan.., aku akan usahakan.., kini..,Alhamdulillah., sudah mula ada tanda2, tunas2.., yang segala usaha aku selama ini akan membuahkan hasil. Segala penat lelah aku menabur benih usaha tanpa mengira dimana, menjaganya dari serangga2 perosak, menyiramnya dengan air mataku sekalipun, membajanya supaya ianya subur dan meneruskan menjaganya dengan segala daya nan ikhlas, hanya untuk memastikan ia tumbuh subur.., sekarang.., ia telah pun berbunga., dan sebahagiannya telah pun berputik dengan baiknya.... Kini.., Apa yang harus kulakukan adalah.., meneruskan dan kalau boleh.., melipat gandakan usahaku.., untuk terus mara dan maju.., tentang hasilnya.., biarlah Allah yang Maha Esa yang menentukannya.., memang benar seperti apa yang tertulis.., aku boleh merancang, aku boleh berusaha.., tapi Allah yang menentukannya.... Maka itu aku pasrah dan Redha seikhlas hati ku, untuk menerima ketentuanNYa....TAWAKKAL TU ALLALLAH. Ya Allah, Kau makbulkanlah Doaku ini, kau tetapkanlah Imanku terhadapmu, Kau tetapkanlah Iman Isteriku & Anak2ku terhadapmu, Kau jadikanlah mereka itu Isteri yang Solehah dan Anak yang Soleh dan Solehah kepadaku. Kau berikanlah aku kekuatan, agar aku dapat terus membimbing mereka kejalan yang Kau redhai, Ya Allah. Amin.., Amin.., Ya Rabbal Alamin.
|
\o/ All Copyright Reserved By Brother BiG \o/ |